Rabu, 22 Februari 2012

kenapa aku bersedih


sebab aku rasa sedih sangat . aku rasa macam kehilangan sesuatu tapi aku tak pasti apakah ia . aku sedih dengan keadaan aku yang seperti ini seperti baru saja kehilangan seseorang . tapi tidak aku masih bersama dengan si dia . aku sedih / cemburu melihat mereka bahagia dengan pasangan masing-masing . jalan beriringan keluar bersama tapi aku disini menangis , menangis dan terus menangis . aku tidak mahu kehilangannya , aku mahu bersama dengannya tapi aku rasa seperti jauh sangat dengan dia . apa salah yang telah aku lakukan , dimana silap aku , kenapa aku dilakukan begini , sebab apa awak , sebab apa . tolonglah jangan buat aku seperti ini , kau nyawa aku dan aku tidak mampu membunuhnya dengan kejam sekali ! cukuplah kau buat aku rasa dihargai , cukuplah dengan apa yang aku telah lalui selama hari ini . aku sayangkan kau sangat-sangat , teramat sangat . tolonglah jadi yang terbaik buat aku , cukuplah selama ini hati aku terluka dan terseksa . aku tak sekuat yang kau rasakan .



be smile :)

Isnin, 20 Februari 2012

terima kasih awak

always in my heart Rahmah Ja'afar
 ·  ·  · Remove From Profile · 5 hours ago near Asahan, Melaka · 

Ahad, 19 Februari 2012

Bogel Menuju Tuhan


Akhirnya dapat jugak beli Bogel Menuju Tuhan 

Ini antara sajak yang terkandung dalam buku ini . 

Itu ada jawabnya
( buat si Wanita Hari ini - Shera Aiyob )

Setiap kemarahan yang terpacul ,
setiap herdik yang timbul ,
setiap garangnya kata ,
setiap bengisnya suara ,
percayalah itu kasih jawapannya .

Biar aku marah yang menunjukkan kau 
salah , yang kau rasa hiba .
Yang bikin kau kau tunduk dengan kelalaian kau .
Yang bikin kau hampa kerana tidak menepati permintaan perhubungan . 

Tapi percayalah , hakikatnya bukan kau 
yang tidak sempurna , tetapi aku .
Aku yang kekurangan sini dan sana , 
kerana itu lagak ku begini .
Kau cukup sifatnya dari mata aku , 
dari hati dan jiwa , 
Kerana kau ku angkat setinggi-tingginya , sempurna setiap adanya . 

Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau , 
kerana hebatnya kasih kau ,
Aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri .
Tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih .
Walau perkataan mula .

dan saat ini kau tiada , 
aku lemah menagih 
kewujudanmu .

Pulang cepat , please . 
Aku rindu . ( terbaek la Zahiril Adzim )

haruslah peace  ^-^



Isnin, 13 Februari 2012

Final Project


Final projek aku semester lepas subjek Anatomi Manusia terima kasih Sir Ab kerna tidak menggagalkan saya untuk subjek ini dan jugak terima kasih diatas segala tunjuk ajar mu . walaupun saya dan rakan-rakan degil tak dengar cakap Sir tapi kami semua bangga kerna menjadi anak didik mu dan Sir juga tidak jemu-jemu mengajar kami yang degil ini . Sir marah-marah kami pun kami tahu ada sebab kenapa Sir buat macam itu semua . itu pun demi kebaikan kami jugakan . Terima Kasih Sir Ab . 

haruslah peace ^_^

Interface Design Test 1


Interface design test 1 untuk subjek Grafik dan Multimedia 2

haruslah peace ^_^

Terima Kasih




Alhamdulaillah , aku bersyukur atas apa yang telah aku dapat hari ini . Terima kasih Umie , Along dan Adek kerna sanggup mengeluarkan sedikit wang simpanan di tabung haji dan membelikan sebuah laptop untuk aku . sanggup gadaikan laptop Acer dan Ftec kesayangan aku tapi hasilnya aku dapat laptop idaman aku Asus . harganya boleh tahan lah jugak rm1200 . hihi . aku akan menggunakannya sebaik mungkin . Terima kasih , jasa anda amat aku hargai dan akan aku jaga Asus ini seperti nyawa aku sendiri . 

haruslah peace ^_^