Ahad, 3 Jun 2012

Perpisahan ini


Perpisahan ini bukan bererti kita tidak akan bertemu lagi . Pasti jika ada umur yang panjang dan diberi kesempatan waktu , kita pasti akan bertemu jua . Bertemu dan berpisah itulah lumrah kehidupan di bumi ciptaan tuhan ini . Buat insan yang bergelar pendidik , aku amat menganjungi kamu sekalian cara kamu mendidik anak-anak muridmu penuh dengan kesabaran . Ia kami semua akui yang kami memang degil susah mendengar kata bukan degil cuma nakal saja . Terima kasih kerana tidak jemu-jemu mendidik kami semua walaupun seketika tapi pengorbananmu amat besar buat kami di SMART . Perpisahan ini membuatkan aku berasa amat sedih kerana kehilangan insan bergelar AYAH yang aku sendiri menganggap mereka bukan setakat pendidik aku tapi sebagai seorang AYAH , yang sedang mendidik/mengajar anak-anak mereka tentang erti hidup sepanjang aku bergelar seorang pelajar . Buat En Ramley yang aku anggap seperti AYAH aku sendiri begitu juga dengan En Malik dan juga En Taka yang sentiasa ROCK . Aku amat berterima kasih kerana dengan berkati usaha dan pengorbanan kalian aku masih lagi disini , meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar . Terima Kasih Cikgu !