Isnin, 9 Jun 2014

Kakak Aku Kahwin Dahlah

Assalamulaikum, pembuka bicara den. Lama bebenornya den tak update ni blog macam-macam yang den lalui sepanjang kehidupan ni. Apa-apa tahinah buat kakak den yang dah selamat berumah tangga ada dalam 7 8 bulan mcm tu. Sekarang tengah tunggu nak sambut anak sulung dia. Den kongsikan sikit gambar masa kenduri dia tahun lepas. . . 

Sweet Memory
15 Sep 2013























Ahad, 8 Jun 2014

Hukum Suami Makan Gaji Isteri

Kita sahaja nak share tentang perkara ini. Kita just copy paste jer . . . .  


APA HUKUM ISTERI BANTU SUAMI BEKERJA?


Hal itu sudah dijelaskan dalam siri artikel dilema isteri berkerjaya. Perintah Allah ialah agar isteri duduk dirumah, menjaga rumahtangga, anak dan harta tinggalan suami. Fatimah r.a., Puteri Rasulullah s.a.w. sendiri membantu suaminya membuat roti tetapi tetap dirumah. Ada juga pasangan yang ikut berkerja, tetapi mereka bekerja dengan suami mereka, berniaga dan sebagainya. Pelajarannya ialah selagi rumahtangga tidak terabai dan tiada fitnah nusyuz maka hukumnya harus. Keperluan utama ialah kedamaian dan kesejahteraan rumahtangga.

Jika pendapatan suami mencukupi untuk menyara kehidupan yang sederhana dan ditambah dengan habit berpuasa, maka isteri tidak harus keluar bekerja. Dalam hal ini suami boleh jatuh dayus jika ia masih membenarkan apatah lagi menyuruh isteri keluar bekerja. Ini bagi mengelak fitnah nusyuz dan menjaga kebajikan anak-anak di rumah.


APA HUKUM SUAMI MAKAN GAJI ISTERI?

Asas hujah kami ialah pencarian nafkah itu tanggungjawab suami. Isteri bekerja adalah dengan kebenaran suami. Namun begitu kami juga telah jelaskan bahawa suami yang bermaruah tidak akan memaksa isteri bekerja. Jika terpaksa juga maka ia adalah atas dasar desakan kehidupan dimana pendapatan suami tidak cukup. Ia juga atas persetujuan bersama. Sekiranya suami cukup pendapatan, ketetapan Allah ialah agar isteri kekal di rumah. Tiadalah isu suami makan gaji isteri dalam hal ini.

Semak semula UNTUNGRUGI ISTERI BEKERJA termasuk contoh-contoh yang telah kami beri. Bagi kami perbelanjaan yang tidak seharusnya keluar sekiranya isteri tidak bekerja seperti kenderaan tambahan, belanja perjalanan, maid, taska dan sebagainya BUKAN TANGGUNGAN SUAMI kecuali jika suami mampu dan sukarela menanggungnya. Itu saja fokus kami agar anda kira semula untung ruginya isteri bekerja. 

Memang kebanyakkan kes yang diajukan kepada kami adalah isteri ingin berhenti bekerja namun ekonomi keluarga tidak mengizinkan. Dalam hal ini isteri yang bekerja adalah atas dasar perintah suami walaupun tidak begitu rela. Isteri seharusnya berusaha menjaga diri menjauhi segala fitnah nusyuz jika keadaan memaksa mereka bekerja.

Bilamana gaji suami kecil dan tidak mencukupi, hendaklah diatur melalui prioriti perbelanjaan. Segala keperluan asas rumah tangga harus ditanggung oleh gaji suami dahulu. Apabila itu tidak mencukupi barulah menggunakan gaji isteri. Perbelanjaan asas rumahtangga adalah jihad fi-sabilillah bagi seorang suami. Oleh itu Pemberian pendapatan isteri kepada suami menjadi harus atas dasar darurah. Harus diingat darurah itu bersifat sementara, bukan selamanya. Suami harus berusaha keras untuk segera menamatkannya.

Oleh itu jika setelah gaji suami habis namun masih ada yang kurang, disitulah datangnya harus bagi isteri menyerahkan pendapatannya untuk sara keluarga. Isteri pula harus niatkan sebagai infak atau sedekah kepada suaminya yang kekurangan. Suami pula harus ingat itu hanyalah ikhsan isteri dan mereka berhutang MORAL dengan mereka.


BAGAIMANA SUNNAH KHADIJAH RA YANG MEWAKAFKAN HARTANYA?

Inilah pokok hujah yang membolehkan suami menggunakan harta isteri. Namun lihat dahulu untuk tujuan apa? Ia HANYALAH untuk tujuan jihad fi sabilillah, bukan sewenang-wenang untuk memenuhi kepentingan peribadi sang suami semata-mata.

Terlalu ramai kes yang diajukan kepada kami merujuk situasi dimana suami mengambil kesempatan dari keberadaan harta isteri. Begitu ramai suami yang lepas tangan tentang bil semasa dan belanja makan pakai keluarga hanya kerana isteri bergaji dan berharta. Sekali lagi kami ulangi itu bukan yang kami sarankan. Suami begini adalah dilaknat Allah dan isteri yang bersabar dengan suami seperti ini mendapat ganjaran yang sangat besar disyurga jika mereka redha dan terus bersabar.

Lebih malang lagi dimana ada suami yang mengambil mudah akan tanggungjawab mereka. Isteri dan anak diajak duduk serumah dengan mertua. Tambahan pula ibu suami terlalu memanjakan anak lelakinya. Lebih parah lagi bila peraturan Islam tidak berjalan dalam percampuran warga di rumah mertua. Isteri akan tertekan kerana tiada kebebasan mengurus rumahtangga dan terlalu kerap berlaku konflik dengan keluarga mertua. Boleh anda bayangkan bagaimana suami dayus ini mampu membina syurga rumahtangga?

Ramai juga suami yang merokok, kaki mabuk, masih menghabiskan masa berpoya-poya dengan aktiviti clubbing, mementingkan hobi berlebihan seperti bermotor besar, modifikasi kereta, drifting, memancing, golf, berjudi dan banyak lagi. Semuanya menghabiskan wang sendiri dengan mengabaikan tanggungjawab rumah tangga. Bukan sahaja isteri harus memikirkan belanja keluarga, malah suami turut meminta wang untuk memenuhi hobi sendiri.

Lebih menjijikkan lagi bagi para suami yang malas bekerja, tetapi tidak habis-habis menambah isteri yang bekerja, kononnya menyanyikan sunnah poligami. Isteri tua sering menjadi mangsa. Perhatikan kes study yang telah kami berikan. 

Kes-kes sebegini amat dikesali dan ia tidak Islamik sama sekali. Tentunya suami begini dalam katagori dayus dan tempatnya adalah neraka jahannam. Apa itu jahanam dalam rumah tangga? Rasanya anda boleh bayangkan sendiri…


HUTANG SUAMI TERHADAP ISTERI?

Soalan ini mudah sahaja. Jika isteri memberi dengan ikhlas kerana kasihan dan sayangkan suami yang baik, ia tidaklah menjadi hutang dan tiada isu lagi. 

Apabila isteri tidak redha, suami pula setuju dengan akad ‘pinjam/berhutang’ wang untuk contohnya belanja rakan pejabat makan-makan atau nak beli motor besar, nak kawin satu lagi… maka HUTANG WAJIB DIBAYAR dan isteri boleh menuntut. Jika satu masa suami kembali berakhlak dan isteri redha, hutang boleh dihapus kira oleh isteri atas dasar kasih sayang. Itulah hakikat bahawa perkahwinan itu satu perkongsian. Kerana itu segeralah ajak suami anda kembali kepada cara hidup Islam yang sejahtera.


KESIMPULAN

Apa sahaja harta peribadi yang tidak dari hasil pemberian suami sewaktu bernikah tidaklah menjadi hak suami sama sekali secara hukum. Ini termasuklah wang simpanan isteri sebelum berkahwin, harta pemberian atau pusaka dari keluarga isteri atau apa sahaja. Namun jika ada keperluan yang jelas ada siroot dan jihad sabilnya, bukan atas jalan maksiat lalu isteri mahu memberi dengan rela atas dasar kasih sayang terhadap suami, maka ia menjadi harus. 

Pemberian isteri kepada suami atau permintaan mendesak dari suami yang mengabaikan nafkah keluarga, bahkan untuk memenuhi hobi dan nafsu gila suami adalah HARAM. Ini boleh manggalakkan kemaksiatan dan budaya dayus di kalangan suami. Hasilnya pasti NERAKA RUMAHTANGGA.

Rabu, 3 April 2013

Daus



Aku tak berapa nak ingat bila tarikhnya tapi yang pasti time ni aku tengah break sem. Mungkin kalau aku tak bersuara time tu pasti hajat bro aku seorang ni tak tercapai. Tinggal nak cakap jujur pun payah bebenor bukan nak g rompak bank pun kn. Tapi apa-apa pun akhirnya majils pertunangan bro aku ni berjalan dengan  jayanya Alhamdulaillah. And aku pun nak ucapkan terima kasih bab sepanjang aku pratikal dulu koma  dah banyak tolong aku , terima kasih ya. . . 



inilah bro yang aku maksudkan aku panggil dia Fir . . .


yang ini hantaran dari pihak lelaki la . . . last minit punya kerja la ni 


memang kek ni untuk dia seorang saja kn kn kn . . .


yang pulak hantaran dari pihak perempuan . . . akulah yang tukang habiskan ni nak2 ada ferrero rocher an an an an . . .


sesi suap menyuap pulak . . . ni embah yang paling kami semua sayang . . . semoga Allah panjangkan usia embah kami ni . . . Amin.


this mak long aku la . . . sekarang duk umah saja almaklumlah dah pencen katanya an an an . . .



haruslah peace !!




Lama bebenor tak update!!


Assalamulaikum. . .

Haahhahaha. . Lama gila tak update blog aku ni, cian kat note book aku ni . . em nak buat macam mana an banyak pernah yang perlu aku lakukan dan lalui . . . Diam tak diam aku kini sudah berada di semester 7 dan sedang berhadapan dengan final projek. Hohoho . . . maknanya tinggal lagi satu semester aku disini dan bakal meninggalkan negeri Melaka ni tak lama lagi . . . InsyaAllah, mudah - mudahan aku berjaya melaksanakannya. So, apa - apa pun aku haruslah berusaha keras dalam menjayakan final projek aku ni. Kalian doakan kejayaan aku ya!! Amin. . . 





haruslah peace !!

Ahad, 3 Jun 2012

Perpisahan ini


Perpisahan ini bukan bererti kita tidak akan bertemu lagi . Pasti jika ada umur yang panjang dan diberi kesempatan waktu , kita pasti akan bertemu jua . Bertemu dan berpisah itulah lumrah kehidupan di bumi ciptaan tuhan ini . Buat insan yang bergelar pendidik , aku amat menganjungi kamu sekalian cara kamu mendidik anak-anak muridmu penuh dengan kesabaran . Ia kami semua akui yang kami memang degil susah mendengar kata bukan degil cuma nakal saja . Terima kasih kerana tidak jemu-jemu mendidik kami semua walaupun seketika tapi pengorbananmu amat besar buat kami di SMART . Perpisahan ini membuatkan aku berasa amat sedih kerana kehilangan insan bergelar AYAH yang aku sendiri menganggap mereka bukan setakat pendidik aku tapi sebagai seorang AYAH , yang sedang mendidik/mengajar anak-anak mereka tentang erti hidup sepanjang aku bergelar seorang pelajar . Buat En Ramley yang aku anggap seperti AYAH aku sendiri begitu juga dengan En Malik dan juga En Taka yang sentiasa ROCK . Aku amat berterima kasih kerana dengan berkati usaha dan pengorbanan kalian aku masih lagi disini , meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar . Terima Kasih Cikgu !

Selasa, 10 April 2012

kamu



ku ingin kamu 



demi semua yang aku jalani bersamamu 
kuingin kau menjadi milikku 
kuingin kau disampingku 

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta 
dan hanya diri mu yang bisa 
membawa surga dalam hatiku

kuingin kau menjadi milikku 
aku akan mencintaimu 
menjagamu selama hidupku 
dan aku kan berjanji  
hanya kaulah yang kusayangi 
ku akan setia disini 
menemani . . .

sentuhan mu 
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara 
dan membuatku tak kuasa 

kuingin kau menjadi milik ku 
aku akan mencintaimu 
menjaga mu selama hidup ku 
dan aku kan berjanji 
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini 
menemani . . .

disetiap arung gerak 
tersimpan di hati kecil ku 
bahwa dirimu terindah untuk ku 

kuingin kau menjadi milik ku 
aku akan mencintaimu 
menjaga mu selama hidup ku 
dan aku kan berjanji 
hanya kaulah yang kusayangi 
ku akan setia disini 
menemani . . .

selama ku masih bisa bertahan 
selama ku masih bisa bernafas 
selama Tuhan masih mengizinkan 
kuingin selalu menjagamu 

selama ku masih bisa bertahan 
selama ku masih bisa bernafas 




lagu ini untuk awak 
saya sayang awak sangat-sangat 
love you sayang . muah 




haruslah peace ^_^