AKU MELIHAT YANG BUKAN HAK AKU DAN AKU TAKUT DENGAN APA YANG AKU LIHAT . TIDAK HAIRANLAH JIKA IA ... TIDAK DITUNJUKKAN SECARA ' LIVE ' . AMAT NGERI ...
' 7 PEMUSNAH JIWA '
TUTUP MULUT TUTUP MATA PUN ' 7 PEMUSNAH JIWA ' ITU TETAP TIDAK AKAN PERGI . IA BAGAIKAN BOM JANGKA YANG MANA MENUNGGU MASA UNTUK DILETUPKAN.
HARUS TAKUT PADA - NYA . TAKUT JUGA PADA 7 SIFAT YANG DIPUJI - NYA .
BONGKAK . TAMAK . NAFSU . IRIHATI . MALAS . GELOJOH . AMARAH
HARUS DIKAWAL SEMUANYA BETUL-BETUL , KALAU TIDAK BOLEH TERLEPAS ... TERLEPAS ...
DATO HJ SA'ID MATI DIBUNUH MALAM SEMALAM TAMATLAH SUDAH RIWAYAT SEORANG USAHAWAN KAYA YANG BONGKAK . SEPANJANG HIDUPNYA DIA HANYA TAHU BERKATA ...
DATO HJ SA'ID MATI DIBUNUH MALAM SEMALAM TAMATLAH SUDAH RIWAYAT SEORANG USAHAWAN KAYA YANG BONGKAK . SEPANJANG HIDUPNYA DIA HANYA TAHU BERKATA ...
'' AKU TAHU AKU BANYAK DUIT ... "
'' SURUH ORANG MINTA DERMA TU KELUAR ! ENTAH BETUL ENTAH TIDAK NAK MINTAK DERMA , ENTAH-ENTAH MAKAN SENDIRI !''
'' PENAT-PENAT AKU CARI DUIT , ORANG LAIN LAK SENANG-SENANG NAK KAUT . ''
Siapa yang membunuhnya ? Siapa lagi kalau bukan pemandunya Jeman yang cukup bengang dengan perangai Hj. Sa'id yang tidak pernah cukup-cukup berkata ayat meninggi diri .
Masuk kereta sahaja mulalah topik makan hati yang akan diutarakannya . Setiap ayat yang keluar dari mulut Dato' Hj. Sa'id telah terkumpul dalam memori Jeman hingga asid berbisa !
Jeman tidak tahan . Hatinya membara . Tidak tahan ! Mahu saja dia berhenti kerja . Mujurlah Fadli , anak Dato ' Hj. Sa'id yang baru balik dari luar negara memahami dirinya.
Fadli lain dari sikap bapanya . Orangnya liar tetapi baik . Dia tidak pernah sependapat dengan bapanya . Malah dia juga ada menyimpan perasaan dendam pada bapanya . Semenjak dia balik dari luar negara dengan kelulusan yang tidak seberapa , dirinya dipinggirkan .
Fadli lain dari sikap bapanya . Orangnya liar tetapi baik . Dia tidak pernah sependapat dengan bapanya . Malah dia juga ada menyimpan perasaan dendam pada bapanya . Semenjak dia balik dari luar negara dengan kelulusan yang tidak seberapa , dirinya dipinggirkan .
Bapanya asyik menyindir . Malah jawatannya di syarikat keluarga turut ditangguh . Adiknya , Azli yang dua tahun lebih muda sudah pun memegang jawatan Pengarah Urusan di situ . Hanya kerana adiknya tidak banyak kerenah dan penurut !
Paling sakit hati bila bapanya dapat tahu dia mempunyai hubungan intim dengan ramai gadis semasa di luar negara . Fadli ... biasalah ! Kasanova! Tidak cukup dengan dara Barat , dara Timur pun diratahnya . Nafsu binatang ! Setelah sekian lama berhubung rapat , Fadli dapat mengesan keburukan perangai Jeman .
Jeman berasal dari kawasan pendalaman . Mudah ditawan otaknya . Mudah termakan dengan kata-kata dan janji mewah . Dia ada sifat tamak yang tersorok . Di luar nampak mulia dan alim , tetapi sebenarnya dia ada angan-angan untuk jadi kaya .
Namun tidak tahu berusaha . Pemalas ! Menjadi pemandu orang kaya pun mewahjuga . Tidak susah pun . Hanya memandu dan jaga hal ehwal kereta . Kalau rosak , hantar bengkel . Kerja mudah !
Tanpa lengah dengan kelemahan Jeman ini dia mengumpan . Fadli menghasut Jeman membunuh bapanya . Dia akan buat perancangan yang rapi agar Jeman terlepas daripada tuduhan jenayah. Bila bapanya mati maka dia akan dapat jadi Pengarah Besar syarikat itu . Sebab dia anak sulung !
Dato' Hj. Sa'id mati begitu daif sekali . Apa yang dirancang Fadli jauh dri sangkaan . Rancangan bunuh diri tidak menjadi . Sesudah Jeman tembak Dato ' Hj. Sa'id , dia sula pula orang tua itu dengan kayu penyapu ..Kemudian dipukul-pukul kepalanya hingga hancur . Semuanya kerana dendam yang membara yang telah disimpan selama ini.
Bila melihatkan dia telah bersikap melampau , dia tembak pula adik Fadli , Azli . Kemudian orang gaji dan akhirnya ... Fadli sendiri . Habislah keturunan Dato' Hj. Sa'id di tangan Jeman , pemandu mereka . Sadis kematian keluarga itu diratapi oleh bekas isteri Dato' Hj. Sa'id , Datin Fatimah . Perempuan yang diceraikan kerana mahu suaminya bertaubat ... kembali ke pangkal jalan .
Tetapi dia redha , inilah ujian Allah . Lebih diratapinya ialah 2 zuriatnya turut menjadi mangsa . Lantas tiada sebekas keturunan pun di tangannya lagi . Hanya harta Dato' Hj. Sa'id yang baginya untuk apa ? Jeman tidak terlepas dari perbuatan terkutuknya . Dia telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati .
Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :
" Dan janganlah kamu makan ( atau mengambil ) harta ( orang-orang lain ) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuhan ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan ( berbuat ) dosa , padahal kamu harta manusia dengan dosa , padahal kamu mengetahui ( salahnya ) "
Al-Baqarah (02) : 188
AL-RISYWAH
Ia merupakan saduran perkataan bahasa Arab yang bermaksud rasuah . Dari segi undang- undang negara kita , rasuah merupakan kesalahan jenayah yang tergolong dalam semua perkataan ' memberi dan menerima suapan ' sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah ( skim cepat kaya ! ) .
Pengamal budaya rasuah hanya memikirkan keuntungan kepada diri sendiri dan bersikap ' pilih kasih '.
Ia merupakan saduran perkataan bahasa Arab yang bermaksud rasuah . Dari segi undang- undang negara kita , rasuah merupakan kesalahan jenayah yang tergolong dalam semua perkataan ' memberi dan menerima suapan ' sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah ( skim cepat kaya ! ) .
Pengamal budaya rasuah hanya memikirkan keuntungan kepada diri sendiri dan bersikap ' pilih kasih '.