Jumaat, 6 Mei 2011

HAPPY MOTHER DAY

assamulaikum dan salam satu malaysia ..                                                                          

rasa2 dh lame x up date blog ne , rindu rasenya .. tu lah leka on9 fb jo an .. erum ,, apa-apa pun aku bersyukur kerna semua urusan aku berjalan dengan lancar nya .. sekarang tengah break sem , next week back to Melaka and continue my study .. macam tak percaya pulak dah nak sem 2 , rase macam baru semalam jo lalui minggu haluan sisiwa .. apa-apa pun tak sabar bebenor nyo nak tengok kptsan final nnt .. harap2 semuanya baek2 jo an .. cerita2 jgk an , sampai terlupa lak tujuan asal menulis blog ne .. 

Korang sedar tak Ahad ini hari ibu sedunia , sebenarnya aku hampir2 saja terlupe au .. nasib baek la teman2 ku dan juga adik ku telah mengingati ku .. aku nak buat sikit ucapan happy mother day kpda umie yg amat ku kasihi iaitu Jamaliah Pardi , ibu yg selama hari ini menjaga dan mengasuh aku dari kecil hinggalah aku belajar mengenali erti kehidupan ini .. hanya pada umie tempat ku bermanja , hanya pada umie kerna bagi aku dia lah segala-galanya buat diriku jika umie tiada siapalah aku pada hari ini .. umie pernah berkata " jika hari ibu atau hari jadi umie bukan hadiah yang umie harapkan , yang umie harapkan hanyalah kejayaan dari anak-anak umie .. tu sudah cukup bermakna buat umie " . Ia memang tu yang aku sedang lakukan sekarang ini , aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan aku dan juga membawa pulang segulung ijazah buat umie dan ayah .. Insya Allah 

Kepada sekalian sahabat-sahabat ku , selagi anda mempunyai bonda .. hargailah dia , kasihi lah dia ,     sayangilah dia .. kerna bonda yang mengandungkan kita selama 9 bulan , menahan sakit ketika melahitrkan kita , sanggup bersekang mata menjaga kita , berkorban apa sahaja demi menenuhi kehendak kita , sanggup menahan lapar dan dahaga demi anak-anak yg dia kasihi .. jagalah hati seorang ibu jangan sesekali sakitinya kerna doa seorang ibu begitu kuat sekali .. ingat seburuk mana ibu kita , dia tetap ibu yang melahirkan dan mengandungkan kita selama 9 bulan ..

Pengorbanan seorang ibu begitu besar sekali , kita tidak dapat membalasnya dengan harta benda tetapi balas lah dengan cara kasih sayang , menjaga hatinya , hargainya dirinya dan pengorbanan yang telah dia lakukan selama hari ini .. kerna syurga seorang anak adalah di bawah telapak kaki ibu walaupun kita sudah berkahwin .. memang ada yang mengatakan bawah bila kita sudah berumah tangga syurga kita di bawah telapak suami , itu tidak benar syurga kita masih di bawah telapak kaki ibu kerna dia yang melahirkan kita .. jangan la sesekali kita menjadi seperti Tanggang yang derhaka pada ibunya sendiri kerna kekayaan yang dia perolehi , dia lupa pada asal usul dan juga pada ibu yang melahirkannya .. akhirnya dia yang menerima nasibnya kerna kesombongan dan keangkuhan dirinya dia disumpah oleh ibunya menjadi batu .. begitu kuat sekali doa seorang ibu ..

Ingat wahai sahabat-sahabatku , hargailah ibu segala dia masih berada disisi kita dan jangan sesekali kita sakiti hatinya .. kepada sesiapa yang diluar sana yang telah kehilangan seorang ibu , cukuplah sekadar kamu sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga dia ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman .. begitu pada yang masih mempunyai seorang ibu , kita sebagai anak doakan juga kesejahteraan dirinya dan panjangkan usia umur ibu kita ..





Hargailah ibu kita , jangan sesekali kita jadi seperti Tanggang ya .. 
Selamat Hari Ibu !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan