Ahad, 19 Februari 2012

Bogel Menuju Tuhan


Akhirnya dapat jugak beli Bogel Menuju Tuhan 

Ini antara sajak yang terkandung dalam buku ini . 

Itu ada jawabnya
( buat si Wanita Hari ini - Shera Aiyob )

Setiap kemarahan yang terpacul ,
setiap herdik yang timbul ,
setiap garangnya kata ,
setiap bengisnya suara ,
percayalah itu kasih jawapannya .

Biar aku marah yang menunjukkan kau 
salah , yang kau rasa hiba .
Yang bikin kau kau tunduk dengan kelalaian kau .
Yang bikin kau hampa kerana tidak menepati permintaan perhubungan . 

Tapi percayalah , hakikatnya bukan kau 
yang tidak sempurna , tetapi aku .
Aku yang kekurangan sini dan sana , 
kerana itu lagak ku begini .
Kau cukup sifatnya dari mata aku , 
dari hati dan jiwa , 
Kerana kau ku angkat setinggi-tingginya , sempurna setiap adanya . 

Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau , 
kerana hebatnya kasih kau ,
Aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri .
Tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih .
Walau perkataan mula .

dan saat ini kau tiada , 
aku lemah menagih 
kewujudanmu .

Pulang cepat , please . 
Aku rindu . ( terbaek la Zahiril Adzim )

haruslah peace  ^-^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan