Sabtu, 5 Mac 2011

Segalanya bermula disini!


Sejak bila manusia mula berkeinginan untuk bercerita?

Konsep animasi telah bermula sejak zaman Pra-Sejarah 900BC – AD1399.Walau bagaimanapun , pada zaman tersebut masyarakat kuno masih lagi tidak memahami tentang animasi dan teori “ Persistence of Vision ”.Manusia sudah mula cenderung untuk berkomunikasi melalui gambar dan mereka mempunyai cara mereka yang tersendiri menghasilkan bentuk penceritaan untuk disampaikan kepada orang lain.

Apa  ciri-ciri penting karya-karya lama ini yang disifatkan sebagai bentuk sejarah terawal animasi?

Ciri-ciri penting karya-karya lama ini yang disifatkan sebagai bentuk sejarah terawal animasi ialah bentuk penceritaan secara visual seperti Trajan Column tiang yang dipenuhi dengan ukiran timbul yang menceritakan babak perang dan kemenangan Maharaja Roman,Trajan.Selain itu, menggambarkan panorama , menceritakan adegan atau peristiwa yang berlaku di sesuatu tempat seperti sambutan perayaan, lukisan yang terperinci, pergerakan yang dinamik, mengandungi unsur  naratif dan ekspresi mimik muka dengan garisan-garisan mudah.

Nyatakan bentuk-bentuk animasi terawal.

Antara bentuk-bentuk animasi terawal ialah catan di dinding gua.Pengkarya telah cuba menggambarkan pergerakan kuda berlari melalui teknik tindihan imej-imej.Bentuk permainan bayang-bayang pada zaman Dinasti Han di China.Selain itu, Trajan Column tiang yang diukir dengan ukiran timbul yang mengambarkan bentuk penceritaan secara visual manakala di Negara-negara Asia Timur menggambarkan panorama, berunsur naratif dan berskala panjang yang dipanggil skrol.Skrol ini terbahagi kepada skrol landskap China dan skrol naratif Jepun. Skrol landskap China dihasilkan atas kain sutera yang menggambarkan perayaan di tepi sungai dengan bangunan yang ada sepanjang sungai.Skrol naratif Jepun pula mengandungi unsur naratif,menggambarkan peristiwa daripada cerita rakyat dan mimic muka dengan garisan-garisan mudah contoh skrol yang menceritakan seorang sami Myoren menerbangkan pot bersama gudang beras ke atas sebuah gunung dan menunjukkan ekspresi wajah orang ramai yang menyaksikan kejadian itu,
The bayuex tapestry pula seakan skrol tetapi adalah tenunan kain panjang yang menceritakan epik-epik lama.

Pada abad berapakah peralatan ilusi optic mula dicipta?

Bermula pada abad ke-19 , manusia mula memahami suatu teori yang menjadi pemangkin kepada perkembangan animasi abad yang seterusnya.Pada abad ini , beberapa peralatan ilusi optic telah dicipta.

Apakah tujuan peralatan-peralatan ilusi optic ini dicipta?

Tujuan peralatan-peralatan ilusi optic ini dicipta bertujuan untuk menerangkan keadaan yang berlaku pada mata manusia apabila melihat imej-imej bertindih ini.

Senaraikan jenis-jenis peralatan ilusi optic dan penciptanya seperti yang telah dipelajari dan terangkan setiap satunya.

Jenis-jenis peralatan ilusi optic dan penciptanya:

i)                   Thaumatrope oleh John Aryton Paris
-          Peralatan ini membantu manusia memahami teori Peter Roget
       mengenai “ Persistence of Vision ”.
-         Contoh dibawah menunjukkan bahagian peralatan thaumatrope digunakan.




Tali diikat pada sisi cakera.Apabila   dipusing-pusingkan , kita akan melihat imej burung di dalam sangkar.Inilah kesan daripada fenomena “Persistence of Vision”.Pusingan cakera yang pantas telah menghasilkan ilusi optik.


-          Kepantasan penayangan 2 imej berbeza meyebabkan kedua-dua imej bertindih pada retina mata manusia.
-          Kerana itu mata seolah-olah dikhayalkan melihat imej burung di dalam sangkar.

ii)                 Phenakistoscope oleh Joseph Pleteau
-          Peralatan ini dapat menerangkan konsep pergerakan animasi dengan lebih efisyen.
-          Juga berbentuk cakera.
-          Mengandungi antara 14 – 16 susunan imej bersiri.
-          1 lagi cakera yang sama saiz diletakkan di hadapannya. Ia mempunyai tebukan kecil untuk intaian.
-          Apabila cakera-cakera ini berpusing , kita akan mengintai imej-imej melalui lubang-lubang intaian.
-          Imej-imej yang dilihat seakan-akan hidup dan “ bergerak ”.




Contoh gambaran bagi Phenakistoscope


iii)               Zoetrope 1860: rekaan “ blueprint ” oleh Pierre Hubert Desvignes
     1867: rekaan dipatenkan oleh William F.Lincoln.

-           Juga dikenali sebagai “ Wheel of Life ”.
-           Berbentuk drum. Bahagian dalamnya diletakkan gambar imej    berurutan.
-           Pada sisi drum ini lubang-lubang intaian ditebuk.
-           Apabila drum ini berpusing , intaian pada lubang – imej kelihatan bergerak.

      Contoh gambaran pergerakan Zoetrope



iv)               Praxinoscope  1877 : Charles Emile Reynaud telah memperbaharui rekaan Lincoln.
-          Prinsip “Wheel of Life ” sama dengan rekaan Lincoln tetapi beberapa perkakas ditambah.
-          Pada bahagian tengah drum telah ditambahkan cermin untuk biasan imej.
-          Sejenis lensa dan peralatan projector diletakkan di hadapan    Praxinoscope supaya biasan imej pada cermin dapat dipancarkan pada skrin yang lebih besar.


Info

Contoh terawal cubaan mengabadikan fenomena pergerakan dalam sesuatu lukisan pegun boleh didapati dalam lukisan gua zaman paleolitik, yang mana haiwan digambarkan dengan kaki-kaki dalam in posisi-posisi bertindan, agar jelas memberikan persepsi pergerakan. 




Phenakistoscope, zoetrope dan praxinoscope, serta 'flip book yang biasa, merupakan perkakas animasi popular terawal yang dicipta ketika 1800-an. Alatan ini menghasilkan gerakan daripada lukisan bersusun menggunakan kaedah teknologi, namun animasi sebenarnya tidak banyak berkembang sehingga terciptanya filem wayang gambar. 


Tiada seorang individu tunggal pun boleh diakui sebagai "pencipta" seni animasi filem, kerana terdapat sebilangan orang melakukan sebilangan projek yang boleh dianggap sebagai pelbagai jenis animasi yang wujud pada masa yang sama. 


Georges Méliès, seorang pembikin filem Perancis, ialah pencipta filem kesan khas, seperti Pengembaraan ke Bulan (Le Voyage dans la lune). Beliau menggunkan pelbagai teknik – salah satunya adalah untuk menghentikan rakaman kamera, membuat perubahan dalam babak, dan kemudiannya menyambung rakaman filem. Idea ini amat serupa dengan apa yang bakal menjadi animasi gerak henti. Méliès menemui teknik ini secara tidak sengaja apabila kamera beliau rosak apabila merakam sebuah bas bergerak. Setelah kamera itu dibaiki, kebetulan seekor kuda sedang berjalan melaluinya sebaik sahaja Méliès menyambung rakaman. Hasilnya, bas itu seakan-akan bertukar menjadi kuda. 


J. Stuart Blackton barangkalinya merupakan pebikin filem Amerika Syarikat pertama yang menggunakan teknik gerak henti dan animasi lukisan tangan. Setelah diperkenalkan kepada perfileman oleh Edison, beliau merintis konsep-konsep ini pada awal abad ke-20, dengan karya berhakcipta sulung beliau pada tahun 1900. Sesetengah filem beliau, antaranya The Enchanted Drawing (1900) dan Humorous Phases of Funny Faces (1906) merupakan versi filem bagi rutin "pelukis kilat" Blackton, dan menggunakan versi diubah suai teknik-teknik gerak henti awal Méliès untuk menghasilkan sesiri lukisan papan hitam kelihatan bergerak dan berubah bentuk sendiri. Humorous Phases of Funny Faces' sering dianggap sebagai filem animasi pertama yang sejati, dan Blackton pula animator pertama yang sebenar. 


Seorang lagi seniman Perancis, Émile Cohl, mula melukis siri kartun dan pada tahun 1908, beliau menghasilkan filem bertajuk Fantasmagorie. Filem ini menampilkan satu stick figure yang bergerak-geri dan menemui beraneka all objek berubah bentuk, seperti botol wain yang bertukar bentuk menjadi bunga. Terdapat juga bahagian lakonan langsung yang mana tangan animator memasuki babak. Filem ini dihasilkan dengan melukis setiap gambar pada kertas lalu mengambil setiap gambar ke dalam filem negatif yang memberikan rupa papan hitam pada gambar. Ini menjadikan Fantasmagorie filem animasi pertama yang dihasilkan melalui apa yang dikenali sebagai animasi tradisional (lukisan tangan). 


Berikutan kejayaan Blackton dan Cohl, ramai lagi seniman lain mula bereksperimen dengan animasi. Salah seorang daripada mereka ialah Winsor McCay, seorang kartunis akhbar berjaya yang menghasilkan animasi terperinci yang memerlukan sepasukan artis dan perhatian yang cermat dan teliti untuk perinciannua. Setiap gambar dilukis pada kertas; yang selalunya memerlukan latar-latar dan watak-watak dilukis semula dan dianimasi. Antara filem McCay yang terkenal termasuk Little Nemo (1911), Gertie the Dinosaur(1914) dan The Sinking of the Lusitania (1918). 


Pembikinan filem pendek animasi, atau "kartun", berkembang menjadi sebuah industri ketika 1910-an, dan kartun pendek ini dihasilkan untuk tayangan pawagam. Penerbit animasi awal yang paling berjaya ialah John Randolph Bray yang, bersama-sama animator Earl Hurd, mempatenkan proses cel animation yang mendominasi industri animasi sepanjang dekad itu.






Contoh gambaran catan gua Four Horses di Chauvet , Perancis 

bertarikh antara 900BC – AD1399





Tiada ulasan:

Catat Ulasan