Rabu, 30 Mac 2011

7 PEMUSNAH !!

AKU MELIHAT YANG BUKAN HAK AKU DAN AKU TAKUT DENGAN APA YANG AKU LIHAT . TIDAK HAIRANLAH JIKA IA ... TIDAK DITUNJUKKAN SECARA ' LIVE ' . AMAT NGERI ...

' 7 PEMUSNAH JIWA '

TUTUP MULUT TUTUP MATA PUN ' 7 PEMUSNAH JIWA ' ITU TETAP TIDAK AKAN PERGI . IA BAGAIKAN BOM JANGKA YANG MANA MENUNGGU MASA UNTUK DILETUPKAN.

HARUS TAKUT PADA - NYA . TAKUT JUGA PADA 7 SIFAT YANG DIPUJI - NYA .

BONGKAK . TAMAK . NAFSU . IRIHATI . MALAS . GELOJOH . AMARAH

HARUS DIKAWAL SEMUANYA BETUL-BETUL , KALAU TIDAK BOLEH TERLEPAS ... TERLEPAS ...

DATO HJ SA'ID MATI DIBUNUH MALAM SEMALAM TAMATLAH SUDAH RIWAYAT SEORANG USAHAWAN KAYA YANG BONGKAK . SEPANJANG HIDUPNYA DIA HANYA TAHU BERKATA ...

'' AKU TAHU AKU BANYAK DUIT ... "

'' SURUH ORANG MINTA DERMA TU KELUAR ! ENTAH BETUL ENTAH TIDAK NAK MINTAK DERMA , ENTAH-ENTAH MAKAN SENDIRI !''

'' PENAT-PENAT AKU CARI DUIT , ORANG LAIN LAK SENANG-SENANG NAK KAUT . ''





Siapa yang membunuhnya ? Siapa lagi kalau bukan pemandunya Jeman yang cukup bengang dengan perangai Hj. Sa'id yang tidak pernah cukup-cukup berkata ayat meninggi diri .

          Masuk kereta sahaja mulalah topik makan hati yang akan diutarakannya . Setiap ayat yang keluar dari mulut Dato' Hj. Sa'id telah terkumpul dalam memori Jeman hingga asid berbisa !

          Jeman tidak tahan . Hatinya membara . Tidak tahan ! Mahu saja dia berhenti kerja . Mujurlah Fadli , anak Dato ' Hj. Sa'id yang baru balik dari luar negara memahami dirinya.

         Fadli lain dari sikap bapanya . Orangnya liar tetapi baik . Dia tidak pernah sependapat dengan bapanya . Malah dia juga ada menyimpan perasaan dendam pada bapanya . Semenjak dia balik dari luar negara dengan kelulusan yang tidak seberapa , dirinya dipinggirkan .

           Bapanya asyik menyindir . Malah jawatannya di syarikat keluarga turut ditangguh . Adiknya , Azli yang dua tahun lebih muda sudah pun memegang jawatan Pengarah Urusan di situ . Hanya kerana adiknya tidak banyak kerenah dan penurut !

            Paling sakit hati bila bapanya dapat tahu dia mempunyai hubungan intim dengan ramai gadis semasa di luar negara . Fadli ... biasalah ! Kasanova! Tidak cukup dengan dara Barat , dara Timur pun diratahnya . Nafsu binatang ! Setelah sekian lama berhubung rapat , Fadli dapat mengesan keburukan  perangai Jeman .

             Jeman berasal dari kawasan  pendalaman . Mudah ditawan otaknya . Mudah termakan dengan kata-kata dan janji mewah . Dia ada sifat tamak yang tersorok . Di luar nampak mulia dan alim , tetapi sebenarnya dia ada angan-angan untuk jadi kaya .

               Namun  tidak tahu berusaha . Pemalas ! Menjadi pemandu orang kaya pun mewahjuga . Tidak susah pun . Hanya memandu dan jaga hal ehwal kereta . Kalau rosak , hantar bengkel . Kerja mudah !
           
                Tanpa lengah dengan kelemahan Jeman ini dia mengumpan . Fadli menghasut Jeman membunuh bapanya . Dia akan buat perancangan yang rapi agar Jeman terlepas daripada tuduhan jenayah. Bila bapanya mati maka dia akan dapat jadi Pengarah Besar syarikat itu . Sebab dia anak sulung !

                  Dato' Hj. Sa'id mati begitu daif sekali . Apa yang dirancang Fadli jauh dri sangkaan . Rancangan bunuh diri tidak menjadi . Sesudah Jeman tembak Dato ' Hj. Sa'id , dia sula pula orang tua itu dengan kayu penyapu ..Kemudian dipukul-pukul kepalanya hingga hancur . Semuanya kerana dendam yang membara yang telah disimpan selama ini.

                  Bila melihatkan dia telah bersikap melampau , dia tembak pula adik Fadli , Azli . Kemudian orang gaji dan akhirnya ... Fadli sendiri . Habislah keturunan Dato' Hj. Sa'id di tangan Jeman , pemandu mereka . Sadis kematian keluarga itu diratapi oleh bekas isteri Dato' Hj. Sa'id , Datin Fatimah . Perempuan yang diceraikan  kerana mahu suaminya bertaubat ... kembali ke pangkal jalan .

                      Tetapi dia redha , inilah ujian Allah . Lebih diratapinya ialah 2 zuriatnya turut menjadi mangsa . Lantas tiada sebekas keturunan pun di tangannya lagi . Hanya harta Dato' Hj. Sa'id yang baginya untuk apa ? Jeman tidak terlepas dari perbuatan terkutuknya . Dia telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati .

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu makan ( atau mengambil ) harta ( orang-orang lain ) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuhan ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan ( berbuat ) dosa , padahal kamu harta manusia dengan dosa , padahal kamu mengetahui ( salahnya ) "

Al-Baqarah (02) : 188

AL-RISYWAH

Ia merupakan saduran perkataan bahasa Arab yang bermaksud rasuah . Dari segi undang- undang negara kita , rasuah merupakan kesalahan jenayah yang tergolong dalam semua perkataan  ' memberi dan menerima suapan ' sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah ( skim cepat kaya ! ) .
Pengamal budaya rasuah hanya memikirkan keuntungan kepada diri sendiri dan bersikap ' pilih kasih '.

            

             

1 ulasan:

  1. macam kenal la awk nie...!!!

    urm anyway singgah lah kat blog saya k. be our follower ek ??? hehehe

    http://emmaeema.blogspot.com

    BalasPadam